Sunday 22 April 2012

Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) ♥♥

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^

Wahai para lelaki yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu... ♥
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya... ♥
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya... ♥
Sahabat yang disayangi :
✿~ Cubalah ambil masa untuk DEKAT dengan ALLAH..
✿~ Cubalah ambil masa untuk SIBUKKAN diri dengan ALLAH..
✿~ Cubalah ambil masa untuk mencintai Allah dengan sepenuhnya..
✿~ Cubalah ambil masa untuk merenung DOSA-DOSA yang belum diampunkanNya..
✿~ Cubalah ambil masa DEMI DIA..

Kerana amat KURANG PERHATIAN kita kepadaNya, kita LEBIH BANYAK menghabiskan masa berjam-jam berbual dengan sahabat kita, LEBIH BANYAK meluangkan masa untuk BERGEMBIRA dengan insan yang kita sayangi..lalu apakah TUJUAN kita diciptakan di dunia? Hati yang terpaut untuk MENCINTAINYA merupakan satu NIKMAT yang amat jarang diperolehi oleh hamba-hambaNya..maka, ambillah waktumu untuk BERBICARA denganNya, kelak dirimu akan BERBAHAGIA..

>> TANYA DIRI SENDIRI :
"KELMARIN, SEMALAM dan HARI INI..apa yang telah aku lakukan untuk DEKATKAN DIRI dengan Allah?"

p/s : CINTAILAH Dia, AKRABLAH bersamaNya sentiasa..kelak dirimu akan DICINTAI DAN DILINDUNGI olehNya..TERIMA KASIH ALLAH..♥♥
REZEKI akan melimpah jika dibahagi..
ILMU akan bertambah jika dikongsi..
KASIH SAYANG akan bercambah jika diberi..

oleh yg demikian..!!

••► usah kedekut dgn rezeki ILLAHI.

••► jangan tamak dgn Ilmu yg dikuasai.

••► tak perlu bimbang andai kasih tidak dihargai.

jika segalanya hanya kerana ALLAH, biar apa pun keadaannya, kita pasti berbahagia dgn izin-NYA.. ♥
Wahai LELAKI, jika benar kamu KASIH & CINTAKAN WANITA ITU :

✿ Jagalah dia dgn baik..
✿ Kasihanilah dia, lindungilah dia..
✿ Berilah kasih syg padanya..
✿ Hargailah dia..
✿ Ucapkan terima kasih atas kelebihannya..
✿ Nasihatilah dia..
✿ Bawalah dia ke jalan Allah..
✿ Perbetulkan kesilapannya..
✿ Bersabar dengannya..
✿ Terimalah & cintailah kekurangannya..
✿ Jadi imam terbaik & redhalah padanya..

p/s : Moga dia menunggumu di syurga sebagai BIDADARIMU..♥♥
‎:: ISU MENGUMPAT ::

~✿>> "Manusia ni…bila hati dia KOTOR, dia SUKA CERITA BURUK orang..kalau hati dia bersih, dia tak suka cerita..jadi kita nak KENAL hati kita kotor atau bersih, kita suka cerita buruk orang..ataupun kita TUMPANG DENGAR..kita boleh TAHULAH kalau hati kita bersih atau kotor.” 
(Ustaz Azhar Idrus)

Sabda Rasulullah saw :
"AWASLAH daripada mengumpat kerana MNGUMPAT ITU LEBIH BERDOSA daripada ZINA..sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia BERTAUBAT, Allah akan menerima taubatnya..dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat TIDAK AKAN DIAMPUNKAN dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat."
(HR Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

p/s : Perbanyakkanlah ZIKIR supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat..♥♥

:: Inilah orang yang MUFLIS DI AKHIRAT nanti ::

Saturday 14 April 2012

Wahai Wanita, Nabi Menangis Melihat Azabmu Di Neraka

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”

Beliau bersabda:

Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.
Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Wahai Fatimah, adapun tentang :

Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”
Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah… maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah

DOn't despair coz ALLAH SWT is ALways by your side.......

Pengalaman yang pahit mengajar aku untuk lebih matang , bukan ditangisi,bukan untuk bersedih2 , tetapi dijadikan pengajaran buat diri aku. . Just looking forward, jangan fikir apa yang manusia katakan tapi fikir apa yang ALLAH s.w.t kata . . CUba ubah perangai kita dari mazmumah ke mahmudah, try be yourself . . And smile is charity . . .:)