Friday 30 March 2012

Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni”. Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian.
Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan. Jaga hati.
‎~♥ MARI MUHASABAH DIRI...♥~

I ♥ الله: I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥.
••► Kita sebenarnya lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
••► Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
••► Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat
••► Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
••► Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji
••► Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi
••► Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
••► Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid
••► Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
••► Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama
••► Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
••► Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka
••► Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah
••► Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan
••► Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
••► Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

» » TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
••► KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka

» Layak kah kita dengan Syurga milik Allah Swt?? Fikir-fikirkan la ツ
I ♥ الله: I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥.

Thursday 29 March 2012

RASULULLAH S.A.W. bersabda :

" BACALAH AL - QURAN , SESUNGGUHNYA , IA AKAN DATANG DI HARI KIAMAT KELAK SEBAGAI SYAFA'AT KEPADA PEMBACANYA . "

( Hadith Riwayat Muslim )
DOA TETAPKAN HATI .

" Wahai Tuhan yang membalik - balikkan hati , tetapkanlah hatiku ke atas agama - Mu serta dalam mentaati - Mu . "

AMIN , YA RABB !
‎" CUKUPLAH ALLAH BAGI KITA dan DIALAH SEBAIK - BAIK PELINDUNG ... "

( ali - 'imran : 173 )
HATI ♥

=> Hati ♥ : Tak rasa CEMBURU pd mereka yg banyak HARTA..
~~ ALHAMDULILLAH utk mereka.. 
=> Hati ♥ : Tak rasa DENGKI pd mereka yg sungguh CANTIK/TAMPAN..
~~ SUBHANALLAH utk mereka..
=> Hati ♥ : Tak rasa MARAH pd mereka yg BIJAK/PANDAI..
~~ MASYAALLAH utk mereka..

TAPI..!

=> Hati ♥ ini rasa CEMBURU pd mereka yg BANYAK ILMU lalu MENGAMALKANNNYA...!
=> Hati ♥ ini rasa DENGKI pd mereka yg MENJAGA AURAT mereka dgn sebenar2 tutup...!
=> Hati ♥ ini rasa MALU pd mereka yg sentiasa mencari KESALAHAN SENDIRI drpd mencari2 kesalahan org lain..

~ Pupuklah hatimu agar sentiasa mensyukuri nikmat ALLAH SWT ~

Friday 23 March 2012

‎"... Sikap kita memang tidak akan sempurna. Tetapi kita boleh mencontohi yang sempurna, Rasulullah ..."
Jangan sesekali menyalahkan sesiapa dalam hidup. Orang yang baik memberikan kebahagiaan, orang jahat ini memberi pengalaman. Orang yang paling teruk memberi pengajaran. Manakala orang yang Terbaik memberikan kenangan. Namun, cinta kepada Allah jualah cinta yang kekal abadi.

Thursday 22 March 2012

Renungan :)

Antara kejahatan lidah adalah lidah yang banyak bicara dengan kebatilan. Jenayah lidah memang boleh setajam pedang. Jika kita tidak berhati-hati menggunakannya, maka ketajamannya boleh menumpahkan darah, sebagaimana pedang menusuk tubuh manusia. Boleh juga lidah itu menjadikan ‘api’ yang membakar semakin besar.

Friday 9 March 2012

SayangiLah Ibu Bapa Masing2 ~

‎. . apabila tertutup mata seorang ibu atau bapa, maka hilang satu keberkatan iaitu doa seorang ibu atau bapa. . . ♥

" Sayangilah Dan Hargailah Ibu Bapa Kita, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Selamanya ♥ " :D

Renungan ~

Abu Al-Itahiyyah berkata:
Betapa sering hidupmu terancam
namun Allah sentiasa menjaga
dan memberi yang terbaik untukmu .
Masih saja engkau
membenci segala keputusanNya ?

PiLihan ~

Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu Memilih atau Dipilih ...
Jika kita memilih ... pilihlah yang terbaik buat kita ...
Dan jika dipilih maka jadilah yang terbaik buatnya ...
Dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya ...
Kerana suatu saat fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu ,
tapi lihatlah seseorang itu dari hati dan sifatnya..