Thursday 9 August 2012

Di sepuluh malam yang terakhir, janganlah hanya bangun Qyiamullail seorang diri. Kejutkanlah seisi rumah sekali. Mak ayah adik abang kakak semua kejutkan. Kita bukan nak bawa diri sendiri je ke Syurga, tapi satu famili kan? Call, SMS, kejutkan sanak saudara, sepupu sepapat, kawan-kawan sejantina sekali. Janganlah sikap pentingkan diri, "Aku bangun malam tadi, dia tak bangun. Terlepas la dia Lailatul Qadar. Tu la sape suruh malas bangun."

Saturday 5 May 2012

‎::Saidina Umar Menangis Melihat Penderitaan Rasulullah SAW::

Suatu hari Umar bin Khattab pergi ke rumah Rasulullah SAW. Ia mengelus dada ketika melihat Nabi ikutan dan pemimpin umat selama ini tidur berbaring di atas tikar usang. Nampak bekas jalur tikar itu pada tubuhnya.

Dilihatnya almari, Umar hanya mendapati segantang gandum kasar, lain itu tidak.

Melihat penderitaan Rasulullah ini Umar menangis di hadapan Nabi. "Apa yang menyebabkan engkau menangis hai Umar."

tanya Rasulullah. "Aku melihat para Kaisar dan Kisra dan raja-raja lain nikmat tidur di atas katil mewah beralaskan sutera, tetapi di sini aku melihat engkau tidur beralaskan tikar seperti ini." jawabnya. "Wahai Umar, tidaklah engkau sependapat denganku. Kita lebih suka memilih kebahagiaan akhirat sedang mereka memilih dunia." Hanya itu jawapan Rasulullah SAW.


Mendengar jawapan itu luluhlah hati Umar melihat kesederhanaan Nabi sebagai pemimpin dan ikutan umat, dan bertambah kepiluan di hatinya.
Sebenarnya... semua wanita islam tau menutup aurat itu wajib...
Sebenarnya... semua lelaki islam tau batasan aurat nya juga...
Sebenarnya... semua org tahu kiamat itu akan tiba...
Sebenarnya... semua orang tahu kalau pembalasan itu pasti ada..
Sebenarnya... semua orang tau neraka dan syurga itu wujud...
Sebenarnya.... semua orang takut bila bicara tentangnya..
Sebenarnya... semua orang tahu...
cuma...
Sebenarnya.. RAMAI ORANG BUAT TAK TAHU :)
APABILA KITA CUBA MENGHALANG ATAU MENYEKAT REZEKI ORANG LAIN , MAKA , JANGAN MARAH , ANDAI ALLAH SWT MENUTUP PINTU REZEKI KITA ! ^_^"

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid )

Sunday 22 April 2012

Kepada pemilik tulang rusukku. Akan ku mencari dan mendapatkanmu. Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu. Jika bukan di sini, mungkin di syurga nanti :) ♥♥

Aku harap dia adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya ^_^

Wahai para lelaki yang resah menunggu, jangan menangis atau bersedih tentang jodohmu... ♥
InsyaAllah Dia akan temukanmu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya... ♥
Dalam waktu itu, teruskan menanti dan menjadi yang terbaik buatnya... ♥
Sahabat yang disayangi :
✿~ Cubalah ambil masa untuk DEKAT dengan ALLAH..
✿~ Cubalah ambil masa untuk SIBUKKAN diri dengan ALLAH..
✿~ Cubalah ambil masa untuk mencintai Allah dengan sepenuhnya..
✿~ Cubalah ambil masa untuk merenung DOSA-DOSA yang belum diampunkanNya..
✿~ Cubalah ambil masa DEMI DIA..

Kerana amat KURANG PERHATIAN kita kepadaNya, kita LEBIH BANYAK menghabiskan masa berjam-jam berbual dengan sahabat kita, LEBIH BANYAK meluangkan masa untuk BERGEMBIRA dengan insan yang kita sayangi..lalu apakah TUJUAN kita diciptakan di dunia? Hati yang terpaut untuk MENCINTAINYA merupakan satu NIKMAT yang amat jarang diperolehi oleh hamba-hambaNya..maka, ambillah waktumu untuk BERBICARA denganNya, kelak dirimu akan BERBAHAGIA..

>> TANYA DIRI SENDIRI :
"KELMARIN, SEMALAM dan HARI INI..apa yang telah aku lakukan untuk DEKATKAN DIRI dengan Allah?"

p/s : CINTAILAH Dia, AKRABLAH bersamaNya sentiasa..kelak dirimu akan DICINTAI DAN DILINDUNGI olehNya..TERIMA KASIH ALLAH..♥♥
REZEKI akan melimpah jika dibahagi..
ILMU akan bertambah jika dikongsi..
KASIH SAYANG akan bercambah jika diberi..

oleh yg demikian..!!

••► usah kedekut dgn rezeki ILLAHI.

••► jangan tamak dgn Ilmu yg dikuasai.

••► tak perlu bimbang andai kasih tidak dihargai.

jika segalanya hanya kerana ALLAH, biar apa pun keadaannya, kita pasti berbahagia dgn izin-NYA.. ♥